Friday, December 14, 2012

Kecewa?

Ternyata Islam itu sebuah agama yang syumul. Dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil benda telah diajarkan kepada kita. Maka kerana itulah Islam itu merupakan Ad-din yakni satu cara hidup kerana ianya menyeluruh meliputi segala amalan, tingkahlaku dan aspek kehidupan manusia.

Seringkali kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan tidak menjadi kenyataan. Masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami, isteri, ibu, anak dan sebaginya.

Masing-masing punya cara sendiri untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri. Ada yang memilih untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak, atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang lahir.

Hakikatnya, kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak... kita merasakan sesuatu itu adalah milik kita mutlak... tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita.

Doa Putus Cinta (Doa bagi Mengatasi Kekecewaan)

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-

Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad -


39. Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh mahfuzh).

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang. Wallahu A’lam.

SUMBER DARI SINI
Ustaz cakap "Janganlah kamu menangis jika putus hubungan, tetapi mengucap Alhamdulillah sebab dijauhkan dari orang yang tidak reti MENGHARGAI :)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini ! Like kalau suka ! ♥

No comments:

Post a Comment