Wednesday, January 30, 2013

BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU.

“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh,
mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.” “Pakai niqab nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”

Siapakah yang penyebab dialog diatas,
pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqab...

Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya...
Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya...

Sudut pandang sisi seorang LELAKI

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqab...

Sebagai seorang lelaki muslim,
perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini...

Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah,
terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah...

Perwatakan mereka yang bertudung labuh,
berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan si lelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut...

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari...

Mereka...
Yang bertudung labuh dan juga berniqab sekalipun,
tunjukkanlah contoh yang baik...

Berakhlaklah seperti mana pemakaian...
Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman...

♥ Sudut pandang sisi seorang WANITA ♥

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. ..

Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini,
kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat…

Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar...

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. ..

Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah,
kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen...! Please...jangan :'(

Tidak...Jangan begitu...
Kalau pakai niqab kerana itu,
maka niqab sudah menjadi fesyen,
bukan lagi kerana mendapat redha Allah,
bukan lagi kerana ingin menutup fitnah...

Niqab nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau trend orang dakwah...

Kenapa pakai?
Sebab kalau nak jadi ustazah,
kena pakai niqab baru nampak macam ustazah...
(niat ni salah)

Jangan....
Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik...

Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob,
memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob...

Tak pakai niqab juga,
bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah...

Sejak bila pulak,
niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqab,
teruskan dan perbaiki peribadi...
berniqab akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain...

Ada yang ingin menghina,
maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu...

Ada yang ingin mencontohi,
maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu..

Ada yang ingin menghargai, mempercayai,
maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka...

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah,
mendapat redha dan mardhatillah....

Jaga diri, jaga akhlak,
jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah...

Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’,
dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh...

Lebih buruk lagi,
kejatuhannya memburukkan pula Islam...



Terakhir untuk gadis muslimahku yg amat disayangi.. ♥ ♥ !!
Maka,
pakailah dengan kefahaman yang jelas...

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman...

Bukan sebab main-main,
bukan sebab ikutan kakak atau ustazah,
bukan sebab trend, bukan sebab fesyen...

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut...

Namun sebaliknya sekarang,
perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend...
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini ! Like kalau suka ! ♥

Sunday, January 27, 2013

p e m a l u . .


Malu-malu anak Nabi Syuaib a.s ketika berjalan kembali menemui Nabi Musa a.s. bukan untuk lebih lanjut berkenalan, tetapi kerana menyampaikan jemputan dari ayahnya kepada pemuda gagah lagi beriman tersebut.

Telah terakam kisah tersebut di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata : Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk member balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami”. Ketika Musa mendatangi ayahnya (syu’aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, “Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim”.Surah al-Qasas: ayat 25

Teruja dengan sifat ‘malu-malu’ anak perempuan nabi Syuaib a.s. Yang ‘malu-malu’ inilah mahal, tetapi yang mahal inilah semakin kurang benihnya dalam diri wanita muslimah. Malu itu memang perlu bertempat kerana itu letaknya maksud adil, Allahmeletakkan sifat malu wanita itu sebenarnya untuk menjaga dirinya, maruahnya dan jasadnya dari direnggut mata dan nafsu liar manusia.

Daripada ayat di atas ada pengajaran yang kita boleh pelajari untuk bekal perhubungan wanita semasa bekerja dengan yang berlainan jantina iaitu ‘kata-kata yang ringkas dan jelas’

Ringkas dan Jelas

Lihatlah anak perempuan Nabi Syuaib apabila menjemput Nabi Musa as, dia datang dengan perhiasan sifat malu sambil menyampaikan jemputan ayahnya dengan ucapan yang ringkas, jelas dan mudah difahami.

“Dia berkata : Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) memberi minum (ternak) kami”. al-Qasas:25
Tidak pula dia meleret-leret sambil berkata : “Terima kasih ye tolong kami tadi. Awak ni memang baik hati dan gagah. Awak tinggal kat mana ye. Emm, sebenarnya ayah saya jemput awak datang ke rumah, entahlah kenapa..bla bla bla..”.

Dan melihat pula peribadi Nabi Musa pula, dia tidaklah mengambil kesempatan tersebut untuk berdua-duaan serta berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Terus berjalan menuju ke rumah nabi Syuaib as untuk memenuhi jemputan.

Itulah adab muslimin dan muslimah yang sepatutnya apabila perlu bermuamalah. Mungkin perbuatan di atas tanpa disedari pernah dilakukan oleh kita. Meleret-leret bermula dari pertolongan kepada tujuan untuk berkenal-kenalan, bergurau- senda, lalu terbuka jalan untuk bertemu sambil bertukar-tukar cerita.

Wanita Muslimah apabila berjalan

Dari sudut lain, ayat di atas juga terkandung gambaran sifat malu wanita yang perlu diikuti oleh wanita muslimah bagi menjaga akhlaknya, memelihara dirinya dan melindungi maruahnya iaitu ‘malu ketika berjalan’.

Ahli tafsir menjelaskan tentang keadaan anak perempuan nabi Syuaib as berjalan dengan malu-malu adalah ketika menjemput nabi Musa dan ketika pulang bersama menuju ke rumah Nabi Syuaib.

Imam Alusi ketika menafsirkan ayat (عَلَى اسْتِحْيَاء) berkata : “Anak perempuan Nabi Syuaib a.s berjalan sambil malu-malu ketika berjalan menemui(Nabi Musa a.s) dan ketika pulang..”(Ruhul ma’ani, 10/273)
Sayyid Qutb pula menambah : “Wanita yang suci, baik, mempunyai maruah apabila dia berjalan dan bertemu dengan golongan lelaki, dia berjalan ((dengan malu-malu)) tanpa dibuat-buat, tanpa berhias berlebih-lebihan dan tidak menggoda..” (Fi zilal al-Quran, 5/2686).
Ringkasnya wanita mukminah apabila berjalan merentasi kaum lelaki hendaklah dia berjalan dengan :

1- Hiasi dengan sifat malu
2- Tidak bertabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan
3- Menutup aurat
4- Tidak dibuat-buat
5- Cara jalan yang tidak menggoda
Malu dan Wanita kini

Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan sekarang, amat menyedihkan sekali apabila kaum wanita secara tidak sedar telah dipergunakan sebagai sumber keuntungan melariskan barangan dan produk kecantikan. Sabun, syampu, model kosmetik malah model untuk kereta pun wanita yang menjadi pelarisnya.

Allah.. bagaimanakah lagi sifat malu yang menjadi fitrah wanita itu boleh menutup dan menjaga diri serta maruah wanita dari direnggut manusia yang berkepentingan dunia.

Kecantikan itu anugerah, dan Allah menciptakannya dengan sifatnya yang Maha Adil. Dia meletakkan kecantikan dan perhiasan wanita itu pada permulaannya hanya untuk ditatap oleh yang hak sahaja. Tetapi apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri.

Bila berjalan di pinggiran jalan, memerah muka menahan malu melihat ada gadis-gadis malah yang sudah menjadi ibu berpakaian dengan pakaian yang ‘tidak cukup meter’.

Teringat Prof Dr Muhaya berkata : kita melihat kesalahan orang supaya kita tak jadi seperti mereka. Jangan pula sibuk mencari kesilapan orang dan dipanjang-panjangkan cerita itu sehingga lupa hendak cari silap sendiri..
Justeru bukanlah tujuan menceritakan ‘sakit-sakit mata’ dan ‘merah-merah muka menahan malu’ ketika berjalan dipinggir jalan dan di dalam LRT melihatkan wanita yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dengan megah. Namun sebenarnya di sebalik tulisan ini mengharap dan mengingatkan kembali diri kita yang terlupa akibat keindahan dunia dan pujian manusia ini agar sentiasa ingat bahawa diri kita secara fitrahnya dikurniakan sifat malu oleh Allah SWT. Tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.

Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga, tidak senang ditatap mesra.

Wanita, perhiasannya malu. Andai hilang malu takutlah wahai muslimah. Petanda awal bahawa akhlakmu akan diganggu gugat syaitan dan nafsu.

Mudah-mudah dipelihara Allah swt selalu.

Ingatan buat diri sendiri sebenanrnya dan sekembalinya.
Salam kasih kerana Allah~
Allahu a’lam..

Rujukan: kitab Inayah al-Quran wa as-sunnah bi masya’ir al mar’ah


♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini ! Like kalau suka ! ♥

Monday, January 21, 2013

Couple Bukan Budaya Umat Islam Yang Beriman.

COUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara.Saling mengungkapkan rasa sayang dan rindu walaupun tidak semestinya memasuki alam perkahwinan.

Lalu mengapa harus dipersoalkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA,Fitrah Setiap Manusia,

Manusia diciptakan oleh ALAH SWT dengan membawa fitrah(instinct)untuk mencintai lawan jenisnya.Sebahagian firmanNYA:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia (cinta) kepada apa-apa yang diingini,iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14)

Berkata Imam Qurtubi: ALLAH SWT mengutamakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim,Nasal,Ibnu Majah,Ahmad,Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman: 70)
Namun Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta,juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

1.Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (An-nur: 30).

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yang beriman, ALLAH berfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (An-nur: 31)


2.Menutup aurat
ALLAH berfirman: Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (An-nur: 31).
Juga firmanNYA: Wahai Muhammad,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu merek tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-nur: 59)

Perintah menutup aurat juga adalah untuk semua jenis (lelaki dan wanita). Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki,begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


Aurat lelaki dengan lelaki: Dari pusat hingga lutut
Aurat perempuan dengan perempuan: Dari pusat hingga lutut



3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Jika terdapat sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir (pembatas). Sebagaimana firmanNYA: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-ahzab: 53)


4.Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan adalah orang ketiga (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).


5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.(Al-ahzab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia ketika berbicara dengan orang lain tanpa memerduka suara,dalam erti kata lain janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata: Demi ALLAH, tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina,yang pasti akan mengenanya. Zina mata dengan memandang, zina lisan denagn berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh membawa kepada zina. Sebagaimana firmanNYA: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (Al-Isra: 32)


HUKUM BERCOUPLE
SETELAH memerhatikan ayat Al-Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan perempuan meskipun itu hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi.


FATWA ULAMA
Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau:Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing
(bukan mahramnya) baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji. Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah?
Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lain2) .

Sebagaimana firman Allah SWT: Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (Al-Ahzab:32)
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.

SYUBHAT DAN JAWAPAN YANG SEBENARNYA
Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:

1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."

Jawapan 1: "Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat, tidak bersentuhan serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."

2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya, fizikal, sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."

Jawapan 2: "Memang, mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram."

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

FENOMENA COUPLE
Dalam situasi terkini,fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui Al-Quran dan As-sunnah RasulNYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapnya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata. Nauzubillah.

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan menjauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.
SUMBER SINI

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini ! Like kalau suka ! ♥