Monday, November 4, 2013

hijrah kelmarin.

setelah sekian lama aku tidak menjejaki belog ini dan tidak menaip pada papan kekunci yang sekian lama tersimpan kemas di bawah katil. dan hari ini aku kembali. kembali ingin menceritakan tentang kehidupan aku. suka, duka, sedih dan gembira. tapi tak semua. yang selebihnya aku akan cerita dan luahkan hanya pada Dia. Yang satu. dah lama bukan aku tak menggedik di sini. dan hai.. !! long time no see ~ ahaks !
kelmarin..? kenangan kelmarin yang telah aku lalui masih lagi segar di ingatan. of courselah ! kan baru kelmarin. yang last 3 weeks pun aku boleh ingat. takkanlah kenangan yang baru aku lalui kelmarin hilang dengan kadar yang pantas? sepantas lipas kudung yang berlari? heh. macam riak jer.. macam takleh bla jer.. macam bajet jer.. *merepek. 
seluruh manusia kat muka bumi ni pasti ada kenangan. tipulah kalau cakap takde. sebab? yelah.. habistu macam mana kau lalui kehidupan seharian kau? perjalanan hidup kau takkanlah takde yang pahit ke, yang manis ke, pathetic ke,, tak pun dianiaya. those are so called kenangan. cuma yang pathetic dengan dianiaya tu kenangan pahit lah kan. kenangan pahit pun boleh jadi parut kenangan. parut supaya kita boleh bangkit dari terus jatuh dan jatuh. hidup mesti diteruskan no matter what. because what? because Allah SWT is always by our sides. *smile
bila berbicara soal kelmarin, aku teringat yang besok akan tiba tahun yang baru. tahun islam. sedar tak sedar dah nak masuk bulan Muharram balik. cepat sangat. so, tahun 1435 Hijrah akan menjenguk kita besok.
Makna Hijrah

Secara bahasa, hijrah berarti berpindah tempat. Adapun secara syar‘i, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju Darul Islam. (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276). Darul Islam dalam definisi ini adalah suatu wilayah (negara) yang menerapkan syariat Islam secara total dalam segala aspek kehidupan dan yang keamanannya berada di tangan kaum Muslim.

Sebaliknya, darul kufur adalah wilayah (negara) yang tidak menerapkan syariat Islam dan keamanannya bukan di tangan kaum Muslim, sekalipun mayoritas penduduknya beragama Islam. Definisi hijrah semacam ini diambil dari fakta Hijrah Nabi saw. sendiri dari Makkah (yang saat itu merupakan darul kufur) ke Madinah (yang kemudian menjadi Darul Islam).
so, talking 'bout Hijarah takkanlah tak terdetik langsung rasa nak berubah dalam diri kita? berubah dan berhijrah ke arah kebaikan? sikit pun tak? takkan kita nak duduk diam tak terkutik? come on lah dudes ! bumi telah pun beredar dan berputar setiap hari. tapi kita? masih duduk diam tak terusik? *merepak dah. nak tahu tak? 
" Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia; melakukan amar makruf nahi mungkar dan beriman kepada Allah." (QS Ali Imran [3]: 110).
tapi ada orang cakap..

'aku tak sedia lah nak berubah atau berhijrah ni. rasa takut. nanti apa pulak kata orang.'

'aku nak berubah. tapi nanti mesti banyak mulut2 yang duk mengumpat or membisik kata kata yang memanah tangkai hati aku'

'aku tak kuat. takde sape nak tolong bimbing aku. aku lemah.'

'aku orang miskin. hina lagi dina. layak kah aku nak berubah? nak masuk syurga? Allah pandang ke orang macam aku?

waitttttt ! nak tunggu pandangan orang tu elok baru kita nak berubah? sampai bila? hang dengaq sini..

"Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?"

kata perubahan itu satu perjuangan. jihad. tapi hal sekelumit ni pun nak dibesar besarkan, agak berat lah sikit. just abaikan pandangan2 tajam yang menusuk kalbumu itu ok ! Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki. The most excellent JIHAD is that for the conquest of self. Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!

tak kuat? takde sape nak tolong? lemah? sokey. Allah kan ada. Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.

Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi. 

"Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything." remember this. :) 
"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.
'orang miskin? hina lagi dina? layak kah aku nak berubah? nak masuk syurga? Allah pandang ke orang macam aku?'

"Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia. Yang menentukan dosa pahala seorang muslim bukanlah seorang muslim yang lain tetapi Allah." 

Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.

hijarah juga mengajar kita erti untuk berjaya !

Ikutilah jejak perjuangan dan pengorbanan Rasulullah beserta sahabat-sahabatnya, dimana dari cerminan hijrah yang mereka lakukan, sungguh terlihat betapa mereka tidak lagi mendahulukan dunia dalam langkah hidupnya, melainkan malah mengorbankan dunia untuk kepentingan akhirat.

Bawalah spirit hijrah ini ke segala lapangan kehidupan, dalam arti pindah dari masa lalu yang kurang baik, penuh maksiat ke hari esok yang penuh dengan ketaatan kepada Allah. Tidak hanya dalam segi ibadah melainkan dalam segala lapangan kehidupan. Termasuk berhijrah dari kebiasaan bertindak zalim kepada kebiasaan bertindak adil dalam bermasyarakat, berbisnes dan bernegara.
and one more important things. Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama. Jika kita sudah istiqamah solat lima waktu, apa kata tingkat lagi sikit level ibadah dengan istiqamah juga solat sunat Qabliyyah dan Ba'diyyah kerana ia adalah sunat muakkad. Semoga IMAN kita sentiasa meningkat. Yang wajib jangan tinggal, yang sunat diperbanyak.
okay. cakap pasal kenangan ni, aku nak ceritalah sikit pasal kenangan aku. kenangan semalam I named it. hehe. okay tengok bawah. *still dengan perangai yang lama. kapan mau berubahnya ngak tahu deh. hiks



halwa telinga untuk kamu.. xD

Bulat nian tekadmu.
Dalam hijrahmu itu.
Allah nanti kan bersama.
Tempuh jalan yang diredhai.

Hijrahmu menuju Allah.
Ia sunnah para nabi.
Para salihin dan muttaqin.
Kembara hati menuju Ilahi.

Andai rasa diri lemah..
Di perjalanan hijrahmu.
Sendirian tanpa mampu.
Mohonlah pada Tuhanmu.

Hijrah ini memang susah.
Hijrah ini memang payah.
Hijrah ini menuju Allah.
Di hujungnya hasanah..

Takkan lah ingin menunggu nyawa sampai ke halkum baru ingin berubah.? Takkan lah ingin menunggu matahari terbit dari sebelah barat baru ingin berubah.? [TanyalahUstaz]

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry blog ini ! Like kalau suka ! ♥